Sahabat Kami

Wednesday, November 17, 2010

Borang PENYULUH


d/a No.8 Kampong Pasir, Batu Masjid, 35350 Temoh, Perak.


BORANG PENDAFTARAN AHLI


NAMA PENUH: ………………………………………………………………………………………

GELARAN:…………………NO.K/P…………………………TARIKH LAHIR:……………………

ALAMAT SURAT MENYURAT:……………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………………………

NO. TEL. BIMBIT:………………………….E-MEL:………………………..BLOG:……………….


PEKERJAAN:……………………………….. NO. TELEFON PEJ:………………………………....

ALAMAT MAJIKAN:……………………………………………………………………………...........

TAHUN MENUNTUT
DI SEK.KEB BATU MASJID:         DARI  …………………. HINGGA……………………………

JAWATAN DALAM KELAB/ PERSATUAN SKBMT: ……………………………………………

PENCAPAIAN  UPSR DAN TAHUN:  ……………………AKADEMIK TERTINGGI:……………

KEPAKARAN:…………………………..MINAT:…………………………………………………
Sukacita  bersama-sama  ini disertakan  wang  sebanyak  RM25.00  (Yuran Ahli Seumur Hidup), RM 5.00 (Pendaftaran) dan sekeping gambar berukuran passport untuk tindakan tuan selanjutnya.
2.  Saya berjanji akan mematuhi Undang-undang Tubuh Persatuan dan bersedia mengikuti perkembangan dan menyertai aktiviti  PENYULUH dari masa ke semasa.

Tarikh:                                                                           Tandatangan:………………………………………..
                                                                                                                           ( Pemohon )

Dicadangkan oleh:………………………………….
                                                                                                                                        (                                     )

UNTUK KEGUNAAN URUS SETIA

Borang diterima pada……………………………………Diluluskan dlm. mesy. AJK pada:………………………………

No. Keahlian:  ………………… ………… Tandatangan……………………………… Cop Rasmi
                                                                                                     (Setiausaha)












 

Jemputan menjadi ahli PENYULUH

Assalamualaikum wb., wb,
Bekas murid SK Batu Masjid, Temoh, Perak

Pada 16 September 2010 lalu, satu mesyuarat penubuhan Persatuan Bekas Murid SK Batu Masjid, Temoh, Perak atau ringkasnya PENYULUH telah diadakan dan sekarang dalam proses pendaftaran sebagai sebuah pertubuhan yang sah di sisi undang-undang negara. InsyaAllah PENYULUH akan disahkan penubuhannya  oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Perak dalam masa 3-6 bulan dari sekarang,  

Rasional penubuhan PENYULUH adalah sebagai wadah kita untuk menjalinkan silaturrahim di samping "bersatu" dalam mengadakan sebarang aktiviti atau program yang berfaedah demi kemajuan masyarakat kampung dan komuniti seteampat.
Namun demikian, inisiatif paling utama ialah untuk mengadakan pelbagai program sempena perayaan Jubli Perak SK Batu Masjid  iaitu genap 50 tahun usianya pada tahun 2011. InsyaAllah beberapa program seperti majlis bacaan Yassin dan Tahlil, pameran, penerbitan buku, forum, karnival dan sebagainya akan diadakan sepanjang tahun hadapan. 

Semua program ini memerlukan tenaga fikir, material, kudrat dan sebagainya bagi menjayakannya. Justeru bekas murid SK Batu Masjid yang dianggarkan melebihi 500 orang (1961-1986) yang kini berada di seluruh negara adalah dipelawa menjadi ahli bagi memperkukuhkan PENYULUH. Keahlian sdr/i penting dan borang boleh diakses melalui blog ini, kemudian lengkapkan dan e-mel ke penyuluh916@yahoo.com . Manakala yuran keahlian dibayar sekali sahaja iaitu RM5 (pendaftaran) dan RM25 (yuran seumur hidup) dan boleh dijelaskan kepada Bendahari PENYULUH di alamat No. 8 Kampong Pasir, Batu Masjid, 35350 Temoh, Perak melalui wang pos atau cek. Tetapi jika sdr/i balik kampung bolehlah diserahkan secra tunai kepada saudara Yunus Daham (Kg Hj. Tahir, Batu Masjid).

Semoga ukhwah kita tersimpul erat melalui PENYULUH. Jazakallah Khairan Khatira.

Wassalam

Salam hormat,
Yang DiPertua PENYULUH


Monday, November 1, 2010

PAMERAN PAWANG ANA DAN KARYANYA


Sejarah ketokohan Penglipur Lara Negara, Pawang Ana yang telah lenyap semenjak tahun 1914
akan dinobatkan kembali dalam seminar Pemikiran Pawang Ana yang telah berlangsung pada 25
Oktober 2010 di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Perak, Jalan Raja
Di Hilir, Ipoh. Dalam masa yang sama, satu pameran bertajuk “Pawang Ana dan Karyanya” telahpun
dilangsungkan dari 23 Oktober 20 hingga 9 November 2010. Pameran ini diadakan di
ruang pameran Perpustakaan Awam Perak yang akan mempamerkan biografi ringkas
Pawang Ana serta karyanya termasuk ilustrasi wajah Pawang Ana oleh R.O Winstedt (bekas
Pegawai Inggeris di Tanah Melayu) yang diterbitkan dalam Malayan Memories pada tahun 1916
London. Lakaran wajah Allahyarham dijumpai oleh mantan Karyawan Tamu, Universiti Malaya, Mohd
Zamberi Abdul Malek ketika membuat penyelidikan mengenai R.O Winstedt di London. Di samping
beberapa fakta tempatan, lakaran wajah Pawang Ana akan menarik ramai pengunjung ke pameran ini.

    

Sebelum ini, beliau hanya dikenali sebagai tokoh penutur sastera rakyat atau cerita-cerita lipur lara
tetapi tiada pernah mana-mana pihak yang menerbitkan gambarnya. Program ini mendapat
sokongan kuat daripada Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan Perak,
Dato’ Zainol Fadzi Paharudin dan akan merasmi penutup seminar tersebut. Penganjur utama ialah
Persatuan Karyawan Perak [Karyawan Pk] dengan sokongan dan dokongan erat daripada Jabatan
Kebudayaan dan Kesenian Perak, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara, Yayasan Perak, Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perbadanan Perpustakaan Awam Perak dan Persatuan Jalinan Rao
Malaysia (JARO). Sebanyak 20 kertas kerja akan dibentangkan oleh beberapa sarjana USM, UPSI
dan Nanyang Universiti, Singapura termasuk dari Presiden Karyawan Pk, Zabidin Hj Ismail bertajuk
“Biografi dan Sumbangan karya Pawang Ana” Siapa Pawang Ana? Pawang Ana juga seorang dukun dan pendekar.

Beliau berasal dari Rao, Sumatera Barat dan berhijrah ke Kg. Pulai Gopeng, Perak sekitar tahun
1850-an iaitu ketika arus kedatangan orang-orang Rao (Rawa) ke Perak. Menurut R.O
Winstedt, Pawang Ana menggunakan kepakarannya berjaya menemui mayat Residen British di Perak,
J.W.WBirch yang hanyut di Sungai perak setelah dibunuh pahlawan Melayu Pasir Salak. Selama
tiga hari dua malam Inggeris gagal menjumpai mayat tersebut. Pawang Ana juga pernah menamakan
Kg Batu Masjid, Temoh apabila kawasan itu dibuka oleh Lebai Tenggam pada tahun 1895. Selaku
tokoh Penglipur Lara tersohor, Pawang Ana telah menuturkan sebanyak lima cerita lipur lara dan
telah dibukukan oleh R.O Winstedt iaitu Hikayat Raja Muda, Hikayat Malim Deman, Hikayat Malim
Dewa, Hikayat Anggun Cik Tunggal dan Hikayat Awang Sulung Merah Muda. Kelima-lima cerita
tuturan Pawang Ana telah dikategorikan sebagai karya agung oleh Yayasan Karyawan. Pameran
ini akan berlangsung selama 16 hari bermula dari 23Oktober hingga 9 November 2010. Orang
ramai dijemput hadir bagi mendapatkan maklumat biografi Pawang Ana dengan sebagai
penglipurlara negara disamping juga dikenali sebagai seorang dukun dan pendekar. Sehingga kini,
belum ada mana-mana institusi yang mempamerkan pameran dan seminar mengenai ketokohan
dan karya Pawang Ana di negara ini.

Oleh yang demikian, pengunjung di perpustakaan jangan melepaskan peluang ini dan ambillah
kesempatan yang ada, bagi memastikan dan mengembalikan ‘semula ketokohan Pawang Ana
sebagai penglipurlara Melayu tersohor’
.

Wednesday, September 22, 2010

Catatan Sejarah bagi Batu Masjid

Sempena cuti umum pertama kali bagi memperingati penubuhan Malaysia  bertarikh 16 September 2010 seramai lebih 20 orang bekas murid SK Batu Masjid telah mencatatkan sejarah kerana berjaya menubuhkan Persatuan Bekas Murid SK Batu Masjid, Temoh, Perak  akronimnya PENYULUH. Penubuhan organisasi ini penting bagi mengeratkan lagi tali silaturrahim dalam kalangan bekas-bekas murid yang menetap di seluruh negara.
Ia juga dapat dijadikan wadah bagi menyemarakan lagi kegiatan ilmu, amal dan kemasyarakatan untuk kepentingan penduduk setempat dan awam. Berikut disenaraikan tenaga penggerak PENYULUH yang begitu komited dan penuh keyakinan bahawa persatuan tersebut akan mampu menyinari langit kemajuan Kg Batu Masjid yang dibuka oleh Lobai Tenggam pada tahun 1895 itu:

Penasihat:
Mohd Safran Mohd Noor (Ketua Kampung / Pengerusi JKKK)
Hj Ismail Hj Salleh  (Imam Masjek Jamek Batu Masjid)
Guru Besar SK Batu Masjid

Yang DiPertua:
Hj Zabidin Hj Ismail (Bekas Murid- 1963-1968)
Timbalan Yang DiPertua:
Hj Zainudin Mohd Yusof (Bekas Murid- 1961)
Setiausaha:
Imam bin Abdullah
Penolong Setiausaha:
Said bin Abdullah
Bendahari:
Yunus Adham
Ahli-ahli Jawatakuasa:
Mohd Noor Azam bin Hassan
Hj Mansor Kandati
Hj Abdul Hadi Mohd Said
Shaifol Bahrin bin Hj Razali
Rosli bin Alias
Anuran bin Hj. Ismail
Rubiah binti Ahmad
Pemeriksa-kira:
Shaharuddin Mohd Ali
Abu Kasim Ahmad

PENYULUH ditubuhkan di Sekaolah Agama Rakyat, Kg Tersu\sun Hj Tahir, Batu Masjid tepat jam 11.30 pagi.
Related Posts with Thumbnails