Sahabat Kami

Wednesday, November 17, 2010

Jemputan menjadi ahli PENYULUH

Assalamualaikum wb., wb,
Bekas murid SK Batu Masjid, Temoh, Perak

Pada 16 September 2010 lalu, satu mesyuarat penubuhan Persatuan Bekas Murid SK Batu Masjid, Temoh, Perak atau ringkasnya PENYULUH telah diadakan dan sekarang dalam proses pendaftaran sebagai sebuah pertubuhan yang sah di sisi undang-undang negara. InsyaAllah PENYULUH akan disahkan penubuhannya  oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Perak dalam masa 3-6 bulan dari sekarang,  

Rasional penubuhan PENYULUH adalah sebagai wadah kita untuk menjalinkan silaturrahim di samping "bersatu" dalam mengadakan sebarang aktiviti atau program yang berfaedah demi kemajuan masyarakat kampung dan komuniti seteampat.
Namun demikian, inisiatif paling utama ialah untuk mengadakan pelbagai program sempena perayaan Jubli Perak SK Batu Masjid  iaitu genap 50 tahun usianya pada tahun 2011. InsyaAllah beberapa program seperti majlis bacaan Yassin dan Tahlil, pameran, penerbitan buku, forum, karnival dan sebagainya akan diadakan sepanjang tahun hadapan. 

Semua program ini memerlukan tenaga fikir, material, kudrat dan sebagainya bagi menjayakannya. Justeru bekas murid SK Batu Masjid yang dianggarkan melebihi 500 orang (1961-1986) yang kini berada di seluruh negara adalah dipelawa menjadi ahli bagi memperkukuhkan PENYULUH. Keahlian sdr/i penting dan borang boleh diakses melalui blog ini, kemudian lengkapkan dan e-mel ke penyuluh916@yahoo.com . Manakala yuran keahlian dibayar sekali sahaja iaitu RM5 (pendaftaran) dan RM25 (yuran seumur hidup) dan boleh dijelaskan kepada Bendahari PENYULUH di alamat No. 8 Kampong Pasir, Batu Masjid, 35350 Temoh, Perak melalui wang pos atau cek. Tetapi jika sdr/i balik kampung bolehlah diserahkan secra tunai kepada saudara Yunus Daham (Kg Hj. Tahir, Batu Masjid).

Semoga ukhwah kita tersimpul erat melalui PENYULUH. Jazakallah Khairan Khatira.

Wassalam

Salam hormat,
Yang DiPertua PENYULUH


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails